Biasiswa Karangkraf adalah biasiswa yang diberikan kepada pelajar yang berkelayakan menyambung pengajian di IPTS yang terpilih. Ianya merupakan satu inisiatif CSR yang dibentuk oleh Karangkraf bagi memastikan semua pelajar tidak terlepas peluang dalam melanjutkan pengajian yang lebih tinggi walaupun berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Kebiasaannya pelajar yang mendapat tawaran ke IPTA adalah golongan pelajar yang cemerlang dan mudah mendapat bantuan pelajaran mahupun penajaan dari pelbagai organisasi. Objektif Biasiswa Karangkraf adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang mendapat keputusan kurang cemerlang namun masih berpotensi untuk meneruskan pengajian di IPTS.
Harap maaf, biasiswa kami hanya ditawarkan kepada pelajar di IPTS terpilih sahaja
Keutamaan diberikan kepada pelajar di semester 1. Walau bagaimanapun, anda masih boleh cuba memohon.
Pelajar perlu mendapatkan SURAT TAWARAN yang mengesahkan anda diterima masuk belajar ke IPTS tersebut dan surat tawaran itu perlu dilampirkan bersama Borang Permohonan Biasiswa yang telah lengkap diisi.
Keutamaan diberikan kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat asas. Walau bagaimanapun, pelajar masih boleh cuba memohon kerana ada beberapa faktor lain yang boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian situasi semasa
Keutamaan diberikan kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat asas. Walau bagaimanapun, pelajar masih boleh cuba memohon.
Harap maaf. Kami hanya menaja IPTS yang tersenarai sahaja.
Harap maaf. Kami tidak menyediakan bantuan yang sedemikian.
Keutamaan diberikan kepada keluarga yang masih belum menerima sebarang tajaan Karangkraf sebelum ini. Namun demikian, pelajar masih dibenarkan untuk cuba memohon.
Borang permohonan boleh didapati di biasiswa-karangkraf
Borang yang telah lengkap boleh dihantar ke alamat berikut :
SEKRETARIAT BIASISWA KARANGKRAF
KUMPULAN KARANGKRAF
LOT 2, JALAN SEPANA 15/3
SEKSYEN 15, 40200
SHAH ALAM.
ATAU boleh juga dihantar melalui emel yang disimpan dalam format PDF ke danapendidikan@karangkraf.com
Sekurang-kurangnya 1- 2 bulan dari tarikh borang permohonan yang lengkap diterima.
Borang permohonan anda tidak akan diproses.
Boleh. Surat rayuan tersebut mestilah menyatakan alasan yang munasabah dan hantar terus ke Sekretariat Biasiswa Karangkraf melalui salah satu cara yang dinyatakan di soalan 14.
Bergantung atas keputusan panel.
Hanya pelajar yang berjaya sahaja akan mendapat maklum balas.
Dalam tempoh selepas 2 bulan memohon.
Tidak. Yuran pendaftaran kali pertama harus dibayar sendiri oleh pelajar. Jumlah bayaran bergantung atas kos yang ditetapkan oleh IPTS berkenaan. Karangkraf hanya menaja yuran semester sahaja sehingga pelajar tamat pengajian.
Tidak. Biasiswa Karangkraf hanya menaja yuran pengajian sepenuhnya sahaja.
Tidak. Karangkraf akan berurusan terus dengan pihak IPTS berkaitan yuran pengajian. Tiada transaksi yang melibatkan akaun pelajar mahupun pihak ketiga.
Pelajar boleh berbincang dengan ibu bapa dan juga guru kaunselor di sekolah untuk mendapatkan pandangan. Berkaitan program yang ditawarkan, pelajar boleh menyemak sendiri dengan melayari laman web IPTS yang tersenarai di bawah tajaan Karangkraf
Salah satu syarat tajaan biasiswa adalah berkhidmat dengan Karangkraf setelah tamat belajar. Walau bagaimanapun, ia bergantung atas kelayakan dan kekosongan jawatan pada masa tersebut.
Tawaran pekerjaan di Karangkraf selepas pelajar tamat belajar adalah bergantung atas kelayakan dan kekosongan jawatan pada masa tersebut.
Boleh, sekiranyan anda tidak ditawarkan bekerja di Karangkraf dalam satu tempoh yang dinyatakan dalam borang perjanjian dan telah mendapat surat pelepasan kontrak dari Biasiswa Karangkraf.
Alamat : SEKRETARIAT BIASISWA KARANGKRAF
KUMPULAN KARANGKRAF
LOT 2, JALAN SEPANA 15/3
SEKSYEN 15, 40200
SHAH ALAM.
Emel : danapendidikan@karangkraf.com
Telefon/Whatsapp : 03 5101 7560