POLISI ‘WHISTLE BLOWING’
(MEMBERI MAKLUMAT / ADUAN SALAH LAKU)
KUMPULAN KARANGKRAF
Visi syarikat adalah menjadi organisasi media unggul yang menekankan nilai dan membentuk pemikiran untuk kesejahteraan insan. Justeru, syarikat berkomitmen menjalankan perniagaannya secara profesional, cekap, dan berintegriti, dengan keutamaan menghindari salahlaku jenayah. Melalui mekanisme ‘whistleblowing’ dan aduan dengan bukti yang munasabah, syarikat bertujuan mengesan dan menangani sebarang salahlaku oleh warga kerja Kumpulan Karangkraf.
LAPORKAN
Rasuah, Salah Guna Kuasa, Penipuan, Konflik Kepentingan atau sebarang salah laku jenayah
KERAHSIAAN
Pemberi maklumat akan dilindungi oleh syarikat di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711)
Identiti individu, aduan dan maklumat yang disalurkan akan dirahsiakan serta tidak akan didedahkan / dibincangkan kepada Pihak Ketiga kecuali kepada individu atau Jawatankuasa yang dilantik oleh syarikat sahaj
SALURAN ADUAN
SCAN QR di bawah, dan nyatakan maklumat pengadu serta perincian aduan berkenaan individu terlibat, jenis kesalahan, lokasi,masa beserta dokumen dan bukti sokongan dengan jujur dan suci hati agar siasatan dapat dijalankan dengan telus dan sempurna